Isu MB... Ini reaksi segera PAS Selangor

Berikut merupakan kenyataan media oleh PAS Selangor selepas perkembangan terkini krisis politik di negeri itu. Kami siarkan sepenuhnya kenyataan yang diterima sebentar tadi di bawah ini.

PAS Selangor menjunjung kasih dan menyambut baik titah DYMM Tuanku Sultan Selangor berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

"Pandangan Tuan Guru  Presiden PAS adalah sangat konsisten dengan titah Tuanku Sultan dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah Tuanku itu"

Sejajar dengan itu PAS Selangor yakin cadangan calon Menteri Besar yang akan di serahkan oleh setiap parti politik adalah yang dapat diterima oleh istana kelak.

Sehingga berlaku pelantikan baru Menteri Besar yang baru, kesemua 4 anggota exco kita akan terus kekal dan berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

"PAS Selangor akan terus mempertahankan Pakatan Rakyat dan kita serah sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk menentukan calon yang terbaik"

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha PAS Selangor
26hb Ogos 2014


Bang Non Pening kepala memikirkannya...hu hu hu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana