Ini jarang berlaku...'top gun' PAS tidak hadir Kongres Nasional PKR

Ada yang macam tak kena pada majlis Kongres Nasional PKR ke-10 pagi di Stadium Malawati ,Shah Alam pagi Sabtu.Ini bila kalangan pimpinan tertinggi PAS tidak kelihatan.
Bukan saja Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Am parti itu, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat malah Timbalan Presiden Mat Sabu juga tidak ada.

Sebaliknya yang duduk dipentas utama mewakili PAS hanyalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

DAP diwakili oleh otai mereka manakala Lim Kit Siang.

Apakah ini kerana bahang krisis jawatan Menteri Besar Selangor masih mencengkam rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Semalam di perasmian Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) ,ketuanya yang akan melepaskan jawatan Shamsul Iskandar Mohd Akin tibai Haji Hadi berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan mempertikai komitmen PAS dalam komponen Pakatan Rakyat.

Ketika menyampaikan ucapan dasar di kongres itu Shamsul yang juga ahli parlimen Bukit Katil merujuk ketiadaan Hadi dalam mesyuarat pertama PR pada 23 Julai lalu yang bertujuan untuk membincangkan berkenaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau mempersoalkan tindakan Hadi menghantar timbalannya, Mat Sabu untuk berbincang soal Khalid bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.

“Sekiranya wakil yang dihantar, maka dia harus mempunyai autoriti untuk membuat keputusan.

“Menghantar wakil yang tidak dapat memberikan kata putus akan menggagalkan proses ini.

“Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat,” katanya.

Shamsul yang baru memenangi jawatan Naib Presiden pada pemilihan partinya, turut membidas tindakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PP) Dr Zuhdi Marzuki yang mengeluarkan analisis senario untuk PAS keluar daripada PR.

Sementara itu 13 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari parti PAS setakat ini masih enggan menyatakan sokongan secara bertulis terhadap Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang dinamakan Pakatan Rakyat sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar.

Ia mencetuskan rasa kecewa di kalangan pimpinan PKR.

Khalid ketika dihubungi menjelaskan bahawa ketiadaan pemimpin atasannya itu adalah ekoran mereka terpaksa menghadiri program yang kebetulan bertindih dengan kongres PKR.

“Tok Guru merasmikan Institut Latihan PAS (ILPAS) yang mana program itu sudah lama dirancang.

“Mat Sabu pula sepatutnya hadir tapi telah ke Sarawak dan beliau minta saya ganti,” jelas beliau.

Sebelum ini sudah menjadi kebiasaan pimpinan utama parti komponen hadir di majlis perasmian mesyuarat tahun parti rakan sebagai tanda soladiriti.

Mereka seboleh-bolehnya akan membatalkan acara atau temujanji lain untuk hadir.

Pimpinan PKR hadir di Muktamar PAS begitu juga DAP dan sebaliknya..

Kehadiran pimpinan PAS pada perasmian Kongres PKR tahun ini dikatakan paling minima berbanding masa lampau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana