ICE BUCKET CHALLENGE : KEBODOHAN APAKAH INI???

Selepas beberapa individu dan pemimpin menyahut cabaran ini, terdapat pula YDP Majlis Perbandaran yang mengikutinya. Lebih memalukan, YDP ini seorang perempuan Melayu dan bertudung pula.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Puan Maimunah Mohd Sharif telah di mandikan oleh ahli majlis lelaki di hadapan khalayak ramai di depan pejabat MPSP kerana menyahut cabaran Ice Bucket Challenge.

Kepada Puan Maimunah, sedarlah awak tu perempuan Melayu dan pastinya beragama Islam. Janganlah ditunjukkan kejahilan awak kepada masyarakat secara terbuka begini.

Sejarah Cabaran ALS Ice Bucket Challenge :

Cabaran mandi ais ini menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut.

Cabaran itu kemudiannya menjadi viral di media sosial dengan penyertaan ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl dan ramai lagi.

Di Malaysia, bukan sahaja dari kalangan selebriti malah tokoh politik seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut menyertai cabaran ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana