Hishammuddin : Anwar Amal Nepotisme Rampas Kuasa

 KEPONG 10 Ogos - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat seorang individu yang memiliki sifat nepotisme ekoran Anwar mencalonkan isterinya yang juga memegang jawatan sebagai Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn berkata, tindakan tersebut jelas membuktikan Anwar memiliki sifat nepotisme telah kembali ke diri beliau sendiri selepas sebelum ini yang menuduh UMNO mengamalkan budaya itu.

"Nasib Menteri Besar Selangor pun tidak menentu lagi. Dialah yang mengatakan kita (UMNO) nepotisme, menyalahgunakan kuasa, korupsi, dan tidak bersatu padu.

"Pada waktu ini, dia mahukan isterinya untuk menjadi Menteri Besar. Tidakkah itu nepotisme?," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2014 di sini, hari ini.

Drama komplot untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim semakin serius apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor itu.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor…kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana