Hadi gali kubur politik Pakatan Rakyat atau diri sendiri?

Mengapakah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kelihatan “gopoh” dalam menangani isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang dikemukakan oleh PKR?

Mengapa perlu beliau membentangkan pendirian peribadinya semalam (Jumaat, 25 Julai) tidak bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digugurkan walhal dua hari sebelum itu Majlis Presiden Pakatan Rakyat telahpun memutuskan bahawa pertukaran itu berlaku?

Tindakan Hadi agak pelik kerana dalam mesyuarat berkenaan PAS telah meminta diberi masa meneliti kesesuaian calon baru PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kerusi Khalid.

Sekilas pandang penangguhan keputusan PAS itu mungkin ada kena mengena dengan pendiriannya berhubung isu seorang wanita dilantik menjadi ketua sebuah kerajaan negeri. Soal tidak bersetuju Khalid digugurkan tidak timbul.

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat Hadi di Marang,Terengganu itu membayangkan seolah-olah beliau “beralih arah” dan tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Presiden tiga parti – DAP, PAS dan PKR!

Jika benar Hadi berpendirian alasan yang dibentangkan PKR mahu menggugurkan Khalid tidak kukuh, mengapa beliau tidak mengarahkan Timbalannya, Mohamad Sabu yang mewakili beliau dalam mesyuarat berkenaan jangan menyokong usul PKR itu?

Atau, adakah ini bermakna bahawa Haji Hadi ada maklumat baru berhubung konflik mahu menukar Menteri Besar Selangor hingga dalam tempoh 48 jam beliau boleh menukar fikiran?

"Saya menyokong kenyataan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya jawatan Menteri Besar diteruskan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Di mana Iskandar adalah wakil Pusat yang dilantik oleh Pusat mengikut Perlembangaan untuk mengendalikan urusan Pas Negeri Selangor. Kenyataan beliau adalah kenyataan sebagai wakil kita di Selangor,” kata Hadi dalam kenyataannya.

Persoalannya, apakah maklumat baru yang diberikan Iskandar sehingga presiden PAS itu tergamak menukar fikiran membelakangi keputusan Majlis Presiden berselang dua hari sahaja?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana