GEMPAR!! Khalid Ibrahim Dipecat

Ini berita yang baru diterima dari sumber sahih di ibu pejabat PKR, Tropicana.

PKR sebentar tadi dikatakan telah membuat keputusan drastik - memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.

Menurut sumber, surat pemecatan Khalid ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Ismail dan dihantar dengan tangan kepada Khalid di kediamannya.

Dengan pemecatan ini, Khalid hilang kelayakan sebagai Menteri Besar Selangor dan akan diminta untuk mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya sekarang.

Persoalan kenapa pemecatan ini berlaku setelah PKR dan Khalid dikatakan bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian yang wujud sebelum ini, masih tidak dapat dipastikan.  Banyak pihak masih terkejut dengan berita ini dan masih menunggu perkembangan selanjutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana