Fuh...naik bulu roma baca tulisan terbaru bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi

Nukilan lepas Subuh di facebook peribadinya itu menggambarkan pergolakan dalaman seorang pemimpin yang sedang diuji.
Ini kira macam declare perang terbuka antara Nasrudin yang merupakan ulama muda berpegaruh dalam PAS dengan kumpulan yang mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar dengan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sudah diketahui umum Nasrudin memihak sebelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mempertahankan Abdul Khalid.

Ahli Parlimen PAS Temerloh itu dari dulu lagi ketika masih menjadi Ketua Pemuda PAS mengambil stand yang jelas bahawa kepimpinan parti Islam itu wajib berkiblatkan Masjid Rusila bukannya Banglo Bukit Segambut.

Melalui tulisannya, kata Nasrudin, andai Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Abdul Khalid dari kerusi MB Selangor dengan berbagai tuduhan....PAS sewajarnya membela Abdul Khalid melalui GERAK 2.

GERAK merujuk movement rakyat yang dibuat kali pertama ketika Anwar dipecat pada 1998. Ia digerakkan dari satu negeri ke satu negara semacam roadshow untuk sesi penerangan terhadap apa yang jadi.

Menurut Nasrudin, ketika Anwar dipecat 1998, atas tuduhan liwat, rakyat bangkit membela Anwar.

"Mereka tidak anggap ini masalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. Anwar mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela Anwar ialah PAS.

"Kini tahun 2014, berlaku pergolakan di Negeri Selangor. Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh Anwar sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau ?

"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ?

"Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela Abdul Khalid?" soal beliau.

Menurutnya, Jika Anwar yang disingkir oleh Tun Dr Mahathir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan pelbagai tuduhan, menyaksikan kebangkitan PAS yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor membela beliau melalui GERAK pada waktu itu.

"Saya kira , andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2 !,"ujarnya mengakhiri tulisan empat perenggan itu.

Untuk rekod, Anwar ketika dipecat 1998 bergantung kepada sokongan PAS untuk menggerakkan perlawanan dengan UMNO ketika itu...kerana itu juga ramai penyokong Anwar dalam UMNO ketika itu memilih untuk menyertai PAS.

PKR masih belum ditubuhkan, tiba-tiba reaksi dari pemecatan Anwar dan kemarahan orang Melayu (yang tak tahu cerita sebenar ketika itu) adalah menyertai PAS beramai-ramai.

Selepas lebih 15 tahun dalam PAS...kumpulan penyokong Anwar ini membina kekuatan di peringkat kawasan (bahagian) dan negeri.

Terima kasih kepada ketua think tank Anwar dalam kerajaan, Datuk Kamaruddin Jaafar (IKD) yang menggunakan kedudukan beliau sebagai setiausaha agung PAS untuk memperkukuhkan jaringan Anwar dalam parti tersebut.

Kini golongan ini merupakan pembuat keputusan (policy maker) dalam PAS, yang menyebabkan PAS terbahagi kepada dua, ulama dan profesional.

Dalam kes pertempuran antara dua kubu dalam PAS, golongan ulama dilihat condong kepada pandangan Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Khalid Ibrahim dikekalkan.

Bagaimanapun, suara golongan profesional yang menguasai kepimpinan PAS pusat dipercayai cukup kuat untuk menolak keputusan dua orang tokoh kepimpinan dan spritual PAS itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana