Faekah Isytihar Keluar PKR...Mungkin Ramai Lagi Mengikuti Nya

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Orang kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Faekah dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan tersebut diambil kerana telah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti."Saya telah hilang kepercayaan ke ataspucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu yang berbangkit dari kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya dalam surat tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana