Exco bertindak keluar dewan protes ketua baru AMK..Nasib Baik Tak Baling Kerusi

SHAH ALAM: Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang melabuhkan tirainya petang tadi dicemari dengan insiden yang tidak enak apabila barisan Exco baru sayap itu bertindak keluar dewan sebagai simbol protes terhadap ketua baru sayap berkenaan.

Sembilan orang Exco sayap tersebut bertindak keluar dewan selepas sesi bergambar beramai-ramai dan enggan naik ke pentas untuk mendengar amanat Ketua AMK yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dipercayai kesemua Exco baru bagi sesi 2014-2017 adalah penyokong kuat kepada Amirudin Shari, yang tewas di tangan Nik Nazmi dalam perebutan jawatan yang sama.

Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi manakala Amirudin mendapat 4,259 undi.

Sumber dalaman berkata, kesemua exco tersebut berbuat demikian disebabkan kemusykilan dan keraguan berhubung pemilihan di bahagian Pensiangan (Sabah) yang didakwa wujud penipuan.

"Kita rasa ada sedikit kemusykilan di cabang Pensiangan Sabah yang mana ada sedikit penipuan di sana. Bantahan telah dibuat tetapi tidak diambil kira.

"Sepatutnya dibatalkan tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang," dakwa seorang daripada exco berkenaan ketika ditemui di luar auditorium.

Sementara itu, Nik Nazmi yang ditemui selepas memberikan ucapan penangguhannya enggan mengulas lanjut, sebaliknya berharap krisis tersebut tidak menjejaskan kepimpinan sayap berkenaan.

"Saya tidak akan berikan sebarang komen berkenaan keputusan yang melibatkan teknikal. Apa juga keputusan saya terima dan saya sendiri dari AMK Malaysia, kumpulan saya sendiri, Afif daripada AMK baru, Azmizam daripada Nadi AMK dan saya boleh terima mereka semua di dalam kumpulan saya.

"Saya sangat berharap, mesej saya kepada mereka seperti yang saya nyatakan sebelum ini yang mana musuh kita bukanlah di kalangan ahli parti, musuh kita ialah UMNO dan Barisan Nasional.

"Jadi kita ada tugas yang besar dan saya rasa rakyat juga tidak akan ambil kesah berkenaan ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana