ENGGAN LETAK JAWATAN, KHALID DIPECAT PKR


SETELAH hampir tujuh bulan krisis jawatan Menteri Besar Selangor berlarutan, kemuncak kemelut tersebut menyaksikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta daripada PKR.

Pemecatan Khalid diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini sebulat suara memutuskan perkara tersebut dalam satu mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam.

Ini sekali gus menyaksikan Khalid sebagai Menteri Besar bebas.
"Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat majlis pimpinan pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB yang baru.

"Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan MB dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut," kata Tan.
Antara lain, mesyuarat MPP tersebut juga mengambil maklum beberapa siri tindakan Khalid yang menjadi sebab pemecatan beliau.

"MPP turut mengambil maklum beliau ingkar terhadap keputusan Majlis Presiden PR yang turut dihadiri Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang termasuk Anwar Ibrahim mengenai menangguhkan proses dan perbincangan mengenai Projek Langat 2,"

"Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden PR mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta," tambah Tan. 
PKR sebelum ini mengemukakan laporan 90 mukasurat menyenaraikan tindakan-tindakan Khalid yang dilihat mencalar kewibawaannya sebagai MB. 

Antaranya termasuk pemberian projek perumahan mampu milik kepada syarikat swasta EcoWorld. 
Pengerusinya Tan Sri Rashid Manaf disebut sebagai orang tengah yang mengatur penyelesaian luar mahkamah kes saman RM67 juta Bank Islam terhadap Khalid.   
Antara lain, Khalid juga dikatakan enggan akur kepada arahan badan tertinggi PR untuk menangguhkan kenaikan elaun Speaker, MB, Exco dan ADUN di Selangor sehingga 400 peratus, berkeras mahu melaksanakan projek pembinaan Lebuh Raya Kidex dan juga gagal mematuhi keputusan majlis PR berhubung penstrukturan air Selangor.

Menurut Tan, Khalid mempunyai tempoh 14 hari bermula tarikh beliau menerima surat pemecatan untuk mengemukakan rayuan kepada MPP.
Rayuan tersebut akan dipertimbangkan dalam satu jawatankuasa khas yang dipersetujui oleh MPP.
Pemecatan Khalid dilihat sebagai memberi tekanan kepada pimpinan tertinggi PAS yang bertegas mahu Khalid dikekalkan sebagai MB setelah menolak hujah PKR bahawa ADUN Pelabuhan Kelang itu tidak lagi berwibawa memegang jawatan itu. 

PAS akan bermesyuarat pada Ahad depan (17 Ogos) bagi membuat pendirian rasmi mengenai Khalid. 
Meskipun ditolak oleh PKR dan DAP, Khalid mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Majlis Syura PAS. 
Jika Jawatankuasa Pusat PAS tetap berdegil mahu menyokong Khalid, peratusan Pakatan Rakyat berpecah adalah tinggi dan Selangor  tidak mustahil akan menghadapi pilihan raya negeri  (PRN) mengejut. 

Dengan penyingkiran Khalid, PKR kini mempunyai 13 kerusi DUN, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 dan Barisan Nasional 12. 



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana