Dua ADUN belot cetus kemarahan...PAS Selangor bagi 24 jam tarik balik sokong Wan Azizah

PAS yang dikenali sebagai parti politik yang ahlinya cukup taat kepada pemimpin mendapat kejutan Khamis.Dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Selangor ' lawan tauke' kerana hendak mendokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam krsis Menteri Besar Selangor.

Dalam bahasa politik ia dikira satu pengkhianatan dan kalau guna bahasa orang kampong Saari Sungib ADUN Hulu Klang dan Hasnul Baharuddin sudah 'pijak kepala' parti sendiri.

Tindakan mereka berdua menyertai 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR Selangor menjadi 30 ADUN telah beri majoriti kepada Wan Azizah mengugat kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini tinggal 26 ADUN  dibelakangnya termasuk 13 dari PAS.

Lagi berat...mereka berdua melanggar pendirian tegas Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

Pendirian ini telah diterjemahkan dalam keputusan Majlis Syura Ulama PAS - yakni badan tertinggi pengubal dasar parti itu.

Isunya sekarang dimana dua pemimpin ' keramat' PAS itu nak letak muka bila dua ADUN itu membelot untuk menyelamatkan tengkok parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Ingat bagaimana tegasnya parti itu terhadap mereka yang dianggap cuba lawan tauke.Bekas Timbalan Presiden PAS Nasruddin Mat Isa dan bekas Naib Presiden PAS Datuk Hasan Ali boleh jadi saksi hidup bagaimana mereka kena 'pancung'.

Seperti yang diduga kejutan dari Saari dan Hasnul telah mencetuskan kemarahan meruap-ruap dikalangan pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara sehingga ada PAS negeri minta kaji balik hubungan dengan PKR dan DAP.

Yang paling malu tentunya PAS Selangor yang diamanahkan untuk pertahankan keputusan majlis Syura Ulama.

Pengkhianatan...itu kata PAS Selangor dalam satu kenyataan mengulas perbuatan Saari dan Hasnul.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyifatkan tindakan mereka itu sebagai terlalu taksub dan gelojoh.

PAS Selangor menuntut kedua-dua ADUN itu menarik balik keputusan menyokong Wan Azizah dalam masa 24 jam atau akan berdepan tindakan.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

"PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulama yang harus kita patuh.                                            

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini?," katanya.

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17hb ini. Sebab itu sabar.

"Saya nasihati kedua ADUN ini menarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah di lafazkan sewaktu menjadi calon," tambah beliau lagi.

Sementara itu, PAS Terengganu menyifatkan tindakan dua ADUN PAS Selangor yang membuat keputusan menyokong Presiden PKR menggantikan Khalid adalah membelakangkan parti dan jamaah.

Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat menyokong kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

“PAS Terengganu menyifatkan buat keputusan sebelum mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada Ahad 17hb ini adalah membelakangkan parti dan jamaah,”ujarnya.

Dalam satu sidang media di Kuala Nerus Terengganu, Saiful mempertegaskan sokongan Terengganu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut meminta PAS Pusat mengkaji semula ‘Tahaluf Siyasi’ PAS bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Menurutnya, sekiranya ia memberikan kebaikan kepada PAS, ia wajar diteruskan, tetapi PAS harus mempertimbangkan semula Pakatan tersebut sekiranya ia memberikan kerugian kepada PAS.

Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Tantawi juga turut kesal dengan kenyataan Saari yang mengugut hendak keluar PAS sekiranya mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini tetap menyokong Khalid..

"Budaya politik ugut sudah merebak masuk dalam PAS. Apakah proses penyaringan sedang berlaku secara nature ?

"Semoga Allah selamatkan jamaah ini dari mereka yang ada hasrat merosakkannya. Jua Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada pemimpin jamaah ini agar dapat memimpin dengan baik. Ameen Ya Rabbal A'lamin,"katanya.

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,Idris Ahmad membidas Saari dan Hasnul kerana mengikut telunjuk orang lain.

"Kita rasa tenang jika kita serah kepada ketua yang buat keputusan dalam sesuatu isu. Kita boleh tidur lena. Apa guna kita lantik dia sebagai ketua, jika kita pula lebih sudu daripada kuah.

"Apa jenis ketua jika boleh dipaksa oleh orang lain intuk membuat keputusan. Sehingga hilang kewibawaannya. Lebih baik dia jangan jadi ketua. Apabila dia menjadi ketua, sudah tentu dia melihat skop yang lebih luas di dalam suatu perkara.

" Ahli boleh memberi pandangan, tetapi bukan untuk hendak memaksa ketua terima pandangan kita. Sebagai ketua dia tahu apa yang dia buat dan putuskan. Dia tahu dosa dan pahala, syurga dan neraka. Dia tahu jika dia kianat amanah, neraka sedang menanti.

"Jika kita rasa kita lebih hebat daripada ketua kita, lain kali kita lobi supaya kita pula jadi ketua. Ketika itu baru kita tahu betapa sukarnya menjadi ketua. Saya bimbang kita pula lebih otokrasi daripada demokrasi,"kata Idris.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan berkata mesyuarat pada 17 Ogos ini merupakan satu titik penting pada PAS.

"Keputusan yang bakal dicapai nanti merupakan satu noktah penting dalam lakaran sejarah politik tanah air. Bahkan secara langsung, ia turut akan memberi kesan terhadap masa depan PAS dan jatuh bangun Pakatan Rakyat,"ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana