Di sebalik krisis politik, Khalid terus tunjuk power di Selangor

Sungguhpun nasibnya terumbang-ambing dalam percaturan Pakatan Rakyat mahu menyingkirkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampak relaks-relaks saja.
Grip beliau di dalam kerajaan negeri tidak goyang walaupun teruk diasak oleh PKR, DAP dan terbaru PAS yang menarik sokongan politik kepada beliau.

Isnin, sempena kongres tahunan ke-64, di Kelab Shah Alam, Abdul Khalid mengekalkan jawatannya tanpa bertanding sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Untuk rekod, beliau sendiri tidak hadir sebaliknya diganti oleh Exco jaga belia dan sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Abdul Khalid menyandang kerusi Presiden FAS sejak 2010 selepas mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Timbalannya, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad turut mengekalkan jawatan selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS bagi penggal 2014-2018 yang berlangsung pada kongres itu.

Pada kongres berkenaan, tiga daripada empat Naib Presiden -- Datuk Emran Kadir, Datuk Seri Subahan Kamal dan K Palanisamy mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang diadakan.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang Naib Presiden dan digantikan oleh Datuk Samin Sarmin.

Enam muka baru turut dilantik menganggotai jawatankuasa eksekutif FAS bersama tujuh muka lama.

Mereka adalah Omar Ali, Noor Hisham Mohd Ghouth, Ariffin Hamid, Datuk P Sugumaran, Abd Rauf Ahmad dan Adanan Sariff manakala tujuh muka lama adalah Bendahari FAS, Datuk S Sivasundaram, Razak Abdul Karim, V Thalayasingam, Mustaza Ahmad, K Santhanaraju, R Sekar Chandra dan Y Suntharasagaran.

Menjadi tradisi FAS, jawatan tersebut disandang oleh MB Selangor.

Sebab itu tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Langkah Kajang, dan mahu bertanding sebagai ADUN di negeri tersebut, beliau dilihat memakai jersi bola Selangor.

Mungkin hendak membayangkan satu hari jadi Presiden FAS dan tarik sokongan anak muda negeri itu.

Tapi malangnya Langkah Kajang jadi Langkah Kejang... hari ini isteri beliau Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail yang bertanding di DUN Kajang menggantikan beliau (hilang kelayakan akibat hukuman penjara 5 tahun kes liwat) pun terambang ambing.

Walaupun mendakwa ada sokongan majoriti dari ADUN-ADUN PR Selangor, namun kuasa melantik dan memecat menteri besar adalah kuasa Sultan selaku ketua kerajaan negeri.

PR boleh mencuba, namun akhirnya terserah pada Sultan Selangor hendak terima atau tidak.

Dari bisik-bisik ramai, Sultan Selangor tak berkenan dengan Wan Azizah, bagi meleraikan krisis politik di negeri tersebut, mungkin satu pilihanraya negeri baru dipanggil.

Kuasa membubarkan DUN Selangor adalah kuasa Abdul Khalid selepas menasihati Sultan.

Apa kesudahan cerita ini, belum tahu lagi, Sultan Selangor kini berada di luar negara, dijangka balik 27 Ogos dan baru terima Abdul Khalid mengadap.

Sehingga ke tarikh itu, beliau tetap MB, dan PKR, DAP mahupun PAS, tak payah bising macam manapun, jika Abdul Khalid terus jadi MB, selama Sultan berkenan, atau selagi belum ada pilihanraya semula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana