Dewan Pemuda PAS Sokong Zuhdi, Sindir Rafizi dan Anthony Loke

KUALA LUMPUR 1 Ogos  - Di sebalik 'gag order' atau arahan tutup mulut oleh Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali yang dibuat baru-baru ini dalam membicarakan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor, beberapa kenyataan yang menyentuh isu itu terus dibuat oleh ahli parti berkenaan.

Terbaru, Dewan Pemuda PAS (DPP) seolah-olah memekakkan telinga dengan arahan itu apabila membuat kenyataan menyokong penuh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kontroversi mesej Whatsapp yang tersebar yang menyentuh krisis pertukaran MB Selangor.

Naib Ketua DPP, Hairil Nizam Khairuddin berkata Dr.Zuhdi hanya menjadi kambing hitam apabila dalang yang menjadi pengkhianat apabila menyebarkan kandungan perbincangan Whatsapp kepada umum sepatutnya dikenakan tindakan disiplin.

DPP juga mendesak Jawatankuasa Disiplin PAS untuk menyiasat pengkhianat ini. Majlis Syura Ulama juga diminta supaya mengambil perhatian berkenaan gejala membocorkan rahsia di kalangan AJK PAS Pusat katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain kenyataan memberi sokongan kepada Dr. Zuhdi , Hairil yang mewakili DPP juga secara sinikal meminta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat untuk berhenti menghentam PAS dalam isu Whatsapp yang sebenarnya hanya merupakan analisis Dr. Zuhdi sebaliknya menumpukan kepada permasalahan dalaman parti masing-masing.

"PAS ucap terima kasih kepada keprihatinan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung isu berkenaan.

"Adalah lebih bijak jika Rafizi dan pimpinan PKR yang lain menumpukan fokus mereka untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR seperti Mesyuarat Agung Pemilihan peringkat cabang-cabang dalam PKR yang masih belum selesai.

"PAS juga menyarankan agar Anthony dan Tony dalam DAP berkerjasama dengan Lim Guan Eng untuk selesaikan masalah yang wujud dalam DAP Sarawak yang baru-baru ini dengan jelas membuat resolusi mahu keluar dari Pakatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana