Dengar Lah.....Tidak Sesuai Wanita Jadi Pemimpin Jika Masih Ada Lelaki Untuk Memimpin

SEREMBAN 20 Ogos – Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berpendapat, wanita tidak sesuai menjadi pemimpin, sekiranya masih ada lelaki untuk memimpin.

Malah katanya, dalam Islam sendiri tidak menggalakkan golongan wanita menjadi pemimpin kerana tidak sesuai.

“Seorang wanita tidak digalakkan menjadi pemimpin, sekiranya masih terdapat golongan lelaki dalam kalangan mereka.

“Lelaki diciptakan oleh ALLAH SWT sebagai umat untuk memimpin, dan biarlah  golongan Adam ini sahaja yang memimpin dan melindungi. Adalah tidak sesuai jika pemimpin terdiri daripada kalangan golongan Hawa, sedangkan masih ada ramai lagi lelaki yang boleh dilantik sebagai ketua.

“Bagaimanapun, wanita juga boleh dijadikan ketua, namun itu melihat pula kepada situasi,” katanya.

Menurutnya, walaupun seseorang wanita itu dilihat layak menjadi pemimpin, namun ia masih tidak sesuai, berikutan terdapatnya had yang mungkin tidak boleh diikuti dari segi syarak.

“Mungkin ada beberapa perkara yang akan membataskan pergerakannya sebagai pemimpin, malah kita khuatir akan timbul fitnah yang boleh menjatuhkan maruahnya.

“Oleh sebab itu, wanita dinasihatkan supaya tidak dilantik menjadi pemimpin demi menjaga kesucian dan kehormatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, berdasarkan hukum syarak, wanita tidak boleh menjadi pemimpin besar.

Katanya, perkara itu adalah hukum atau aturan undang-undang yang harus dipatuhi oleh setiap umat Islam berdasarkan al-Quran dan hadis.

Dalam perkembangan sama, beliau menekankan bahawa seseorang pemimpin perlu mempunyai kebolehan, bersikap jujur dalam pentadbiran serta adil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana