Dedah Keburukkan Untuk Jatuhkan Orang, Memang Style Anwar

BILA penulis lihat nasib Khalid Ibrahim di Selangor hari ini yang maruahnya dicarik-carik dengan pendedahan bermuka-muka surat dokumen yang didakwa mengandungi penyelewengannya oleh Anwar sepanjang jadi Menteri Besar Selangor, penulis teringat nasib sama yang pernah menimpa bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tambhy Chik dulu.

Ya, dalam hal ini memang Saifudin Nasution yang ke depan, tapi pak dalang di belakang tetap Anwar.

Semua orang tahu, Rahim dijatuhkan oleh Anwar dulu dengan memperalatkan seorang nenek yang mendakwa cucunya di rogol oleh Rahim.  Selok belok cerita tu penulis tak payah ulang lagi tapi akhirnya Rahim didapati tak bersalah oleh Mahkamah – bukan sebab teknikal tapi sebab memang dia tak merogol.

Maha kuasa Tuhan, tak lama lepas itu, maruah Anwar pulak tercarik bila kes dakwaan liwatnya terdedah.  Sama macam diatas, jalan ceritanya penulis tak payah ulang, Anwar akhirnya pun dibebaskan cuma yang berbeza – dia memang meliwat tapi lepas sebab teknikal.

Pengajaran disini ialah, itulah pun cara Anwar dari dulu kalau nak jatuh pemimpin mana yang dia tak suka, memang gemar guna pendekatan sama – malukan, hina, jatuhkan maruah dan yang seperti itu.

Dalam masa yang sama, kita juga belajar dari kes membabitkankan Khalid ini, jangan kata penyelewengan tak berlaku dalam kerajaan pakatan pembangkang, ada, tapi Anwar sengaja sorokkan sebab nanti nak diguna untuk ugut pemimpin itu balik bila dah taknak dengar cakap.

Apa CAT, apa benda ketelusan yang diwar-warkan selama ini, hanyalah gimik politik murah.  Hakikatnya, dia lagi teruk dari apa yang dia tuduh pemimpin UMNO lakukan.  Contoh macam dakwaan ke atas Khalid, tanah bernilai berbilion ringgit yang dijual kerajaan negeri kepada sebuah syarikat, ditukar hak milik hanya setelah RM 50 juta dibayar!!

Telus apa kejadahnya macam itu?

Hairannya, sepanjang tempoh itu, segalanya pasal Khalid baik, segalanya elok, segalanya cemerlang,  Bila dah tak suka, habis seluar dalam orang tu pun dilondehkannya.  Macam ini contoh pemimpin baik?

Sebetulnya, inilah gambaran kalau Anwar jadi Perdana Menteri.  Time suka kalu, kau buat apa pun aku sokong, kau buat salah, aku diamkan, tapi jangan kau melawan, siaplah.

Sumber...SINI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana