DAP mula tekan PAS supaya guling MB Selangor

Seperti yang sudah diduga ketika PAS mengarahkan semua pemimpinnya tutup mulut sehingga 10 Ogos ini, DAP terus memainkan sentimen politik dengan menekan parti Islam itu agar bersekongkol dengannya menggulingkan menteri besar Selangor.

Kali ini DAP beraksi aggresif dengan membayangkan PAS mungkin akan `dilenyapkan’ dari bumi Selangor jika sokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dengan membayangkan perpecahan bakal berlaku, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mahu PAS mengutamakan semangat Pakatan Rakyat (PR) dengan mengotakan janji-janji kepada rakyat Selangor.

“Jika PAS inginkan Abdul Khalid mengekalkan jawatannya, exco kerajaan negeri Selangor tidak akan berfungsi lagi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas. Dalam situasi sebegini, Abdul Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

“Jika ini berlaku, semua anggota PR akan rugi besar. Tetapi tidak ada pihak akan mengalami kerugian yang lebih daripada PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua juga mendakwa tindakan PAS itu akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah.

Kesannya, kata Pua, Selangor akan kembali kepada Umno. Kalau PKR dan DAP hilang tiga peratus undi Melayu dan 10 peratus undi bukan Melayu, tujuh daripada 30 kerusi DUN akan hilang termasuk Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek.

Dengan itu, PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi. Walau bagaimanapun, dalam satu situasi optimistik di mana PAS tidak hilang sokongan Melayu dan hilang 15 peratus sokongan bukan Melayu, parti itu juga akan hilang tujuh daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat,” dakwa Pua.

Pua berkata lagi, jika undi bukan Melayu terhadap PAS jatuh 25 peratus, PAS akan turut hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga kerusi sahaja.

Kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih dianggap tidak selamat. Jika undi Melayu merosot lima peratus dan undi bukan Melayu menurun sebanyak 30 peratus, PAS akan dilenyapkan dari Selangor.

Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk PR mempertahankan kuasa mereka di Selangor. Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN, kata Pua.

Ekoran ‘Langkah Kajang’, PKR telah mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Menurut Anwar Ibrahim, ketiga-tiga parti PR telah menyokong cadangan pencalonan Wan Azizah. Namun, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas presiden PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya berkata Abdul Khalid harus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Susulan daripada kecelaruan pandangan di kalangan pemimpin PAS dalam soal siapa sokong Abdul Khalid dan siapa tolak Wan Azizah, PAS mengarahkan semua pemimpinnya menutup mulut sehingga satu keputusan dibuat pada 10 Ogos ini.

Apa yang jelas, Pua sudah memulakan sesi tekanan DAP terhadap PAS dan pemerhati politik sedang menunggu pemimpin seterusnya menggasak untuk menakut-nakutkan parti Islam itu wal hal golongan bukan Islam DAP sebenarnya lebih takut jika PAS bergabung atau bekerjasama dengan UMNO.

Antara PAS dan UMNO sudah tentu bersetuju untuk meletakkan Islam di tempat paling tinggi dalam perjuangan mereka. Bolehkah DAP meletakkan Islam sebagai asas perjuangan tertinggi mereka? Jika tidak, maka jangan harap PAS akan `bersemenda’ lagi dengan DAP pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana