Cayalah....Gagal Tarik Laporan, Malaysian Insider Bakal Berdepan Saman RM100 Juta

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Portal propembangkang, The Malaysian Insider berdepan saman RM100 juta jika tidak meminta maaf dan menarik balik laporan berbentuk fitnah terhadap konsortium Fuelsubs-Datasonic-Pos Malaysia dalam tempoh 48 jam ini.

Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili konsortium berkenaan berkata, laporan berbentuk fitnah daripada portal berkenaan boleh menjejaskan peluang konsortium yang terdiri daripada Fuelsubs House Sdn. Bhd.; Datasonic Group Berhad dan Pos Malaysia Bhd. itu untuk mendapat kontrak kerajaan bagi melaksanakan program rasionalisasi subsidi petrol dan diesel.

Menurut beliau, pihaknya memberi tempoh lanjutan dua hari untuk portal berkenaan melakukan perkara demikian selepas notis tuntutan pertama kali dihantar pada 26 Julai lalu.

“Berdasarkan andaian fitnah dan kenyataan palsu itu, akan mengakibatkan konsortium berkenaan kehilangan kontrak kerajaan yang hampir dalam tangan mereka.

“Kami menganggarkan kerugian ratusan juta ringgit dan kerana itu kita meletakkan anggaran saman RM100 juta dalam notis tuntutan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana