Cadangan Cuepacs kekal Akta Hasutan akan dikaji...Admin Sokong 100%

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar Akta Hasutan sedia ada dikekalkan demi keamanan negara.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata sekiranya cadangan berkenaan adalah yang terbaik untuk semua maka kerajaan boleh melihat dari segi perspektif dengan hanya memperbaiki akta sedia ada sahaja.
 
"Berhubung cadangan Cuepacs agar dikekalkan Akta Hasutan sedia ada, insya-Allah, kita akan kaji cadangan tersebut," katanya dalam entri Facebook beliau hari ini.
 
Nancy berkata, kerajaan mengalu-alukan semua cadangan daripada pelbagai pihak namun apa yang pasti adalah segala hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan dikekalkan.
 
Beliau berkata, pada masa sama kerajaan juga akan meneruskan kajian memperbaiki undang-undang yang ada bagi menangani keadaan yang mana berlakunya dalam kalangan masyarakat menghina institusi Raja dan menghina satu sama lain dari segi bangsa dan agama.

"Sesiapa pun diprovokasi boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat yang diprovokasi," katanya.
 
Sehubungan itu, Nancy mengharapkan golongan yang gemar mencetuskan provokasi itu agar kembali kepada semangat kecintaan dan saling menghormati antara satu sama lain.
 
Sabtu lepas, Presiden Cuepacs Azih Muda dilaporkan berkata akta berkenaan tidak wajar dimansuhkan dan langkah itu mampu mengelak berlaku perkara tidak diingini sekali gus menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana