Bini Dia Jugak Dimahukannya....Kurang Sokongan, Anwar Hantar Pencalonan Azizah Kepada Sultan

SHAH ALAM 25 Ogos - PKR menerusi Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat pencalonan isterinya sebagai menteri besar kepada Istana berikutan masih tiada perakuan sumpah sokongan majoriti ADUN Selangor menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Menurut Anwar, surat itu sudah memadai untuk diberikan kepada Sultan memandangkan 30 ADUN Selangor yang menyatakan sokongan kepada Azizah masih belum membuat perakuan bersumpah.

"Parti hanya perlu menghantar surat pencalonan kepada sultan jika tiada akuan bersumpah daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Sekarang, surat yang kami serahkan kepada Sultan itu memadai, dan istana juga tidak mencadangkan apa-apa mereka menerima surat dengan nama Wan Azizah," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Jelas Anwar, surat yang ditandingi beliau, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Moamad Sabu hanya menamakan Azizah sebagai calon tunggal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dan tiada calon alternatif diletakkan bagi tujuan tersebut.

"Kami perlu bermesyuarat kerana keputusan awal kami adalah untuk mencalonkan dua orang.

"Tapi sekarang pemimpin Pakatan hanya memilih Dr Wan Azizah, kami akan bermesyuarat semula," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana