BILA MAK LAMPIR BERBICARA.....

SHAH ALAM: Pemimpin-pemimpin PKR malam ini memulakan siri ceramah membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah parti itu memecat beliau kerana didapati tidak lagi berwibawa untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

"Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar, bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian.
Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah."

Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil "
kata Zuraida.

"Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri,”

tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

“Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak,"
katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Jelasnya lagi,
keputusan parti untuk menyingkirkan menteri besar Selangor itu diambil petang tadi setelah parti sabar menunggu penjelasan Khalid bersabit beberapa isu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana