Bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Keluar PKR

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

'Orang kuat' Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bertindak mengikut jejak langkah 'bosnya' yang kini berada di luar PKR selepas akibat dipecat parti kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tindakan ini diambil kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit berhubung kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur," katanya padMengulas lanjut berhubung pendiriannya itu, Faekah yang kini merupakan Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang yang disandang Abdul Khalid berkata, PKR telah terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan diawal penubuhannya.

Abdul Khalid pada Sabtu telah dipecat keahliannya oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.a Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana