Bekas Pemandu Peribadi Karpal Gagal Bayar Wang Jaminan RM5000

Bekas pemandu peribadi mendiang Karpal Singh yang merupakan pemandu dalam kemalangan maut membunuh Karpal Singh dan pembantu peribadinya, hari ini terpaksa hidup di dalam lokap selepas didakwa memandu secara cuai dan merbahaya.

Dan di sebalik jasa-jasanya kepada Karpal Singh selama Pengerusi DAP itu hidup, ahli-ahli keluarga Karpal Singh langsung tidak mempedulikannya.

C. Selvam tidak dapat mengadakan wang jaminan RM5,000 sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan itu berlaku berkata, mereka tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan mereka adalah saksi kejadian.

"Saya telah disapina sebagai saksi pendakwa untuk perbicaraan ini, Jadi, kami tidak boleh terlibat dalam menjamin Selvam," katanya.

Ramkarpal, 38, telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei selepas kerusi tersebut kosong ekoran kematian Karpal Singh pada 17 April.

C.Selvam, seorang warganegara India, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai kerana memandu secara cuai dan merbahaya. Dia bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Insiden yang meragut nyawa Karpal Singh berlaku di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pada 17 April.

Semenjak itu, C.Selvam telah direman dan dilokapkan. Kini, dia gagal pula menyediakan wang jaminan, sekaligus memanjangkan lagi tempohnya di dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan.

Agak aneh kerana keluarga peguam Karpal Singh langsung tidak dapat mencari jalan membantu mengeluarkan C.Selvam.

Atau sebenarnya mereka memang tidak peduli dengan untung nasibnya?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana