Bang Non "Kebengongan" Menunggu Al-Sultan Pulang!!!

Baru baru ni kita dikhabarkan bahawa DYMM Sultan Selangor telah memendekkan tempoh becuti baginda apabila kemelut yang melanda negeri Selangor dalam perebutan kerusi Menteri Besar makin meruncing.

PR mengatakan bahawa mereka mendapat sokongan penuh dari semua ADUN PR termasuk PAS dan DAP serta PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Tapi adakah benar semua ADUN ADUN dari PR menyokong kehendak nafsu Anwar Ibrahim dengan menamakan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru?

Apa yang terdengar, ADUN PAS seramai 13 orang masih lagi enggan untuk menurunkan tanda tangan mereka menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini sudah pasti membuatkan Anwar Ibrahim bertambah gundah kerana masih tidak boleh membeli ADUN-ADUN PAS seramai 13 orang untuk memberikan sokongan walaupun kononnya keputusan PAS pusat telah menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.

Tapi kalau dilihat semula persetujuan diantara ketiga tiga parti gabungan PR, PAS bersetuju untuk menamakan 2 orang sebagai calon Menteri Besar iaitu Azmin dengan Wan Azizah.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa ini adalah permainan yang dicipta oleh Anwar dan PKR namun persetujuan ini telah diuar uarkan oleh pemimpin PKR walaupun hakikatnya majlis Syura telah bersetuju untuk terus menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mungkin 13 ADUN ini masih mengikut keputusan Majlis Syura PAS yang masih dengan pendirian mereka iaitu Khalid Ibrahim tidak perlu ditukar memandangkan beliau tidak pernah didapati bersalah oleh mana mana pihak berkuasa dalam urusan pentadbiran.

Setakat bengong takpe bang non..jangan gila tak tentu pasal sudahlah...manalah tahu kadang2 manusia boleh jadi gila jika kehendak dan impian tidak tercapai...dahlah angan2 nak jadi PM tak kesampaian....alahai bang non bang non..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana