Bakar bendera parti, PKR pecat penyokong Khalid Ibrahim

Seorang penyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, Aidil Haryman Mat Mor, dipecat Lembaga Displin PKR kerana membakar bendera parti. 

 Lembaga Displin PKR hari ini memutuskan memecat seorang penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membakar bendera parti itu dan menggantung keahlian empat anggota lain atas tindakan menyokong Menteri Besar Selangor itu secara terbuka.

Pengerusi Lembaga Displin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, kepimpinan parti memutuskan untuk memecat Aidil Haryman Mat Mor selepas beliau memuat naik gambar membakar bendera PKR di laman Facebooknya.

Tan berkata tindakan Aidil yang juga merupakan ketua Pemuda PKR Kuantan memaparkan gambarnya membakar bendera parti memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti itu kepada masyarakat umum.

Beliau juga berkata, Aidil juga megakui tindakan membakar bendera PKR dan mencabar agar parti memecat beliau.
Sementara empat lagi ahli PKR digantung keahlian serta merta apabila secara langsung terlibat membabitkan diri pada sidang media gerakan Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain Rabu lepas.

Mereka adalah Wan Suhaimi Wan Daud (cabang Pasir Mas), Nasiruddin Mohamad (cabang Sepang), Abdul Rahim Abdul Wahab (cabang Selayang) dan Rosmah Suly (cabang Batu).

"Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Aidil Haryman Mat Mor bukan sahaja memuat naik gambar membakar bendera PKR di laman Facebooknya akan tetapi beliau turut menggunting kad keahliannya. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2014.Aidil Haryman Mat Mor bukan sahaja memuat naik gambar membakar bendera PKR di laman Facebooknya akan tetapi beliau turut menggunting kad keahliannya. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2014.Menurut Tan, keputusan tersebut merupakan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR semalam yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Aidil bukan sahaja memuat naik gambar membakar bendera PKR di laman Facebooknya akan tetapi beliau turut menggunting kad keahliannya.

Melalui akaun Facebooknya malam tadi beliau gembira apabila mengetahui PKR sudah mengambil keputusan memecatnya.

"Alhamdullilah malam ini dapat tidur lena saya tidak lagi menganggotai PKR. Saya baru sahaja diberitakan bahawa MPP membuat keputusan memecat saya serta merta. Terima kasih PKR kerana membebaskan saya. Terima kasih atas segala bantuan dan sumbangan," katanya dipetik daripada laman Facebooknya.

PKR memecat Khalid pada 8 Ogos lalu atas alasan ingkar dengan keputusan parti untuk memberi laluan kepada Dr Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar Selangor.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana