Azizah Dicalonkan Bukan Kerana Dia Isteri Saya - Anwar...Habis Suaminya Siapa?

Masih nak main pusing pusing lagi ....kenapa nak lantik sangat sangat dia ni.

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dri Wan Azizah sebagai menteri besar bukan diatas kapasiti beliau sebagai isterinya.

Beliau berkata amat terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan beliau secara sengaja menggunakan isteri demi kepentingan politik semata-mata.

"Soal isteri dalam politik ini saya tidak mahu terbawa-bawa dengan polimik itu. Saya ingin mengatakan bahawa Azizah adalah seorang presiden parti dan juga pernah menjadi ketua pembangkang parlimen Malaysia dan dia dicalonkan bukan sebagai isteri Anwar tapi sebagai presiden parti dan juga bekas ketua pembangkang parlimen Malaysia.

"Saya amat terkejut dengan kenyataan yang di lakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengheret isteri ketua pembangkang kedalam isu politik dan saya tidak akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Tambah beliau, Azizah dicalonkan sebagai Menteri Besar oleh kerana mempunyai rekod perkhidmatan sebagai ketua pembangkang parlimen Malaysia.

"Saya rasa isu Azizah dicalon sebagai menteri besar adalah bukan kerana beliau isteri saya tapi kerana dia pernah menjadi presiden PKR dan dia mempunyai rekod perkhidmatan sebagai bekas ketua pembangkang parlimen Malaysia," katanya

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas mengenai titah Sultan Selangor yang mahu setiap parti Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan lebih dari dua nama calon untuk jawatan menteri besar selangor.

"Tuanku meminta nama calon levih dari dua dan kami telah mengenal pasti titah sultan tersebut.

"Sebelum ini kami pakatan rakyat hanya menghantar satu nama pencalonan, oleh sebab itu kami menghormati titah sultan untuk mengemukan lebih dari dua nama calon sebagai menteri besar,"katanya.

Beliau juga berkata bahawa PAS sentiasa memberikan sokongan didalam pakatan rakyat mengenai isu perlantikan menteri besar ini.

"Didalam semangat pakatan rakyat, semua tahu bahawa kerusi MB selangor adalah kepunyaan PKR. PAS juga menyertai dalam membuat keputusan pada mensyuarat 17 Ogos yang lalu bersama kesemua pucuk pimpinan dan juga sayap parti masing-masing," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana