Aqsa Syarif kesal insiden di McDonalds Dungun

KUALA LUMPUR: Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 ogos 2014).

Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McDonalds dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali.
Perbuatan tidak bertamadun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot.


Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism).

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi.

Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demonstrasi atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana