Anwar Punca Krisis MB Selangor - Zaid

PETALING JAYA: Krisis yang sedang menyelubungi Pakatan Rakyat berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didakwa merancang dengan baik, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid yang juga bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, jika keputusan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor dibuat sebulan yang lalu, Anwar harus mengambil kira pandangan semua pihak.

"Beliau berpendapat apa sahaja yang diinginkan, orang lain akan turuti. Sebagai seorang ketua pembangkang beliau menunjukkan contoh tidak baik bagaimana cara untuk menunjukkan pasukan yang bersatu-padu," katanya kepada The Star Online.

Krisis semakin meruncing dalam Pakatan Rakyat berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada Rabu lalu, kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan Khalid untuk digantikan sebagai Menteri Besar Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan terbuka kepada Khalid.

Kemelut itu semakin meruncing apabila satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat untuk bergabung dengan Umno dibocorkan dan menjadi viral di laman sosial.

Paparan skrin itu mendedahkan pendapat Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat.

Beberapa pemimpin Pakatan memberi amaran bahawa isu ini boleh memecahkan Pakatan Rakyat.

Zaid bagaimanapun, tidak percaya Pakatan Rakyat akan berpecah sebaliknya menjadi lemah.

"Jika mereka tidak berpecah, Barisan Nasional akan memusnahkan mereka. Mereka akan hilang sokongan dan perlu bermula semula. Namun, ia tidak akan sama seperti sebelum ini," kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu.

Ketika ditanya jika PKR mempunyai alasan kukuh untuk menggantikan Khalid, Zahid berkata, tiada tetapi sebagai anggota parti, Khalid perlu mematuhi pendirian PKR.

"Beliau perlu mematuhi keputusan parti melainkan beliau sendiri berhasrat meninggalkan parti," kata Zaid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana