Anwar ibarat masuk ke kandang kambing tetapi mengaum

31 JUL: Dalam mana-mana organisasi atau parti, pemimpin akar umbi memainkan peranan utama dalam menentukan jatuh bangun pertubuhan yang mereka sertai.

Ada ibaratkan golongan ini seperti tiang – tanpa tiang runtuh bumbung.

Pemimpin atasan yang disukai akar umbi boleh bertahan lama dan sebaliknya.

Malangnya, ada pemimpin sesuka hati meremehkan pendapat pemimpin akar umbi.

Langkah Kajang memang untuk ganti MB Selangor
Anwar cuba nafikan suara pemimpin akar umbi PAS

Datuk Seri Anwar Ibrahim, contohnya mengatakan pendapat pemimpin akar umbi PAS bukannya pendirian rasmi parti tersebut, sekaligus mengurangkan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah.
malupas
Ini ekoran pendapat dan pandangan berbeza pemimpin akar umbi PAS dalam isu PKR mahu menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar dan menggantikan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pandangan pimpinan PAS sama ada di peringkat atasan dan akar umbi mahu Khalid kekal.

Malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berpendirian demikian dan disokong Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun, pandangan dan pendapat mereka dilihat oleh pemimpin PKR dan DAP seolah-olah ujud pertembungan dalam PR dan mungkin berpecah.

Tetapi Anwar dalam meredakan tekanan dalam isu itu, mendakwa pendapat pemimpin akar umbi PAS bukan pendirian parti berhubung isu tersebut.

“Saya kenal sikap pemimpin seperti Hadi Awang. Beliau sangat komited kepada PR.

“Jadi saya sangat optimistik,” kata Anwar di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata komen tidak sihat dan tidak sesuai dari akar umbi tentang jawatan menteri besar Selangor menyebabkan salah faham, namun beliau yakin pakatan tersebut masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS melihat kepada gambaran lebih besar bersama-sama.

“Kami sudahpun melalui susah senang bersama dengan prinsip seperti toleransi,” katanya.

“Saya tidak melihatnya sebagai satu perpecahan.” Kata Ketua Umum PKR itu berkata sedemikian mengulas cakap-cakap PR akan berpecah berhubung krisis jawatan menteri besar Selangor.

Anwar berkata pendapat peribadi Hadi tentang isu tersebut terpulang kepada parti Islam itu untuk diselesaikan.

Beliau berkata PAS mungkin patut melibatkan presidennya dalam perbincangan untuk mendengar sebabnya dan menyelesaikan pandangan seperti wanita tidak patut dilantik sebagai menteri besar.“Jika tidak, kesannya akan lebih teruk dalam jangka masa panjang,” katanya seperti dilaporkan TMI.

Anwar berkata ianya anggapan semata-mata untuk mengatakan PR akan berpecah kerana perkara ini.

Katanya, tiada tanda-tanda sebegitu daripada kepimpinan PAS yang kekal komited kepada PR.

“Tentulah ada pandangan dari bawah dan dakwaan yang perlu kami hadapi… namun saya memilih untuk tidak melayan mereka kerana setahu kami, kami punyai keyakinan penuh dalam sikap dan polisi kepimpinan pakatan ini,” katanya.

Cuma Anwar jangan lupa, kenyataan beliau seolah-olah memperkecilkan pemimpin akar umbi PAS.

Apatah lagi, Anwar bukan pemimpin PAS yang secara tiba-tiba mahu menolak pandangan pemimpin akar umbi parti itu.

Ini ibarat Anwar masuk ke kandang kambing tetapi mengaum. Tentu, kenyataan Ketua Pembangkang itu tidak disenangi akar umbi PAS.

Ada pula bekas pemimpin PKR berkata, jika Anwar sudah mengaum begitu, bermakna beliau sebenarnya dalam kebimbangan kerana tahu apa bakal berlaku.–bnbbc.my

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana