Anwar Hilang Sokongan Melayu Bila PAS Enggan Tandatangan SD

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan sokongan majoriti Melayu di Selangor apabila PAS enggan menandatangani surat Akuan Berkanun (SD) agar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar.

Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kehilangan sokongan itu jelas dapat dibuktikan menerusi pendirian 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang enggan menandatangani SD meskipun dipinta Anwar.

"Ini apabila Dr Wan Azizah gagal mendapat mandat dari adun PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdullah Zaik berkata Dr Wan Azizah tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya menerima sokongan bukan Melayu dan tidak mendapat mandat daripada majoriti Melayu di Selangor.

Setakat ini hanya 2 daripada 15 Adun PAS Selangor menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar iaitu Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.

Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa lalu meminta parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih dari 2 nama bagi calon menteri besar Selangor akan tetapi PKR dan DAP tetap bertegas hanya akan kekal dengan 1 nama iaitu Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun, Setiasaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider Khamis lalu mengesahkan akan tetap menghantar lebih 2 nama calon menteri besar Selangor seperti mana dititahkan istana.

Manakala Anwar dalam reaksinya semalam meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR untuk menamakan isterinya, Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

"Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana