Anak Muda Selangor Tidak Mahu Orang Luar Tadbir Negeri...ANWAR Buat Buat Pekak

KUALA SELANGOR 19 Ogos - Rata-rata anak jati kelahiran Negeri Selangor menentang keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ingin melantik Datuk Seri Wan Azizah Ismail menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagi Kontraktor, Ruzaiman Samad, 38 berkata, sebab utama Wan Azizah tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah kerana Presiden PKR itu merupakan kelahiran Singapura selain kepimpinan politiknya dilihat tidak mesra kepada rakyat."Yang pertamanya, saya memang tidak setuju kerana sedia maklum dia lahir di Singapura dan yang kedua cara politik dia memang saya tidak minat, beliau juga tidak ada pengalaman langsung dalam mentadbir, bagaimana dia hendak mentadbir negeri.

"Sekiranya Menteri Besar itu dari Selangor sendiri, komitmennya terhadap rakyat akan berbeza dengan orang luar," katanya ketika ditemui Rakyat News, hari ini.

Sementara itu, bagi pekerja kilang, Mohammad Nasrul Mohamad Nasir, 26, beliau menegaskan orang luar tidak perlu 'terhegeh-hegeh' untuk memegang jawatan Menteri Besar kerana baginya anak jati kelahiran Selangor yang benar-benar sesuai untuk memimpin rakyat negeri itu."Pertukaran jawatan Menteri Besar itu kepada orang luar dari Selangor pada pandangan saya sangat tidak bersesuaian, kita sebagai rakyat Selangor tidak mahukan orang luar.

"Saya tidak kisah parti mana yang memerintah negeri samada dari Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR), tetapi orang luar tidak perlu terhegeh-hegeh untuk memimpin kami," ujarnya.

Bagi pemilik syarikat persendirian, Suhaidi Md Salleh, 42, baginya pertukaran jawatan itu tidak harus berlaku kerana tidak ada sebab yang benar-benar kukuh untuk PKR menggantikan Khalid.Katanya, calon yang ingin digantikan juga adalah seorang perempuan, di mana kemungkinan akan timbul masalah di dalam pentadbiran dan urusan rasmi dengan DYMM Sultan Selangor adalah tinggi.

"Saya memang tidak setuju 100 peratus Menteri Besar sedia ada digantikan kepada Wan Azizah, pertamanya, dari segi apa untuk mereka menukarkan Khalid kerana apa yang saya nampak sepanjang Khalid menjadi Menteri Besar beliau tidak mempunyai sebarang isu besar.

"Jika Wan Azizah dilantik, apa yang kita takutkan jiwa dia itu tidak sama dengan rakyat Selangor, tindakan-tindakannya sebelum ini juga tidak menjurus kepada kepentingan rakyat Selangor.

"Sebagai contoh, jika ada sebuah program di Masjid bersama DYMM Sultan Selangor, di mana kedudukan Wan Azizah ini nanti, adakah disamping Sultan atau beliau terpaksa di ruangan muslimah, ini akan menimbulkan masalah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana