Amaran Keras!!!!!! Exco 'Tidak Sebulu' Boleh Letak Jawatan...

SHAH ALAM 11 Ogos - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan untuk menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.

Abdul Khalid berkata, beliau akan bertemu dengan 10 exco Negeri Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

"Saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor.

"Untuk berlaku adil saya akan berjumpa dengan semua exco. Kalau dia (exco) rasa bukan lagi 'team' menteri besar jadi saya rasa adalah lebih baik mereka tidak meneruskan khidmat mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Menteri Besar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Tambah Abdul Khalid, beliau berasa yakin untuk meneruskan pentadbiran Negeri Selangor seperti biasa kerana mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Sementara itu, Abdul Khalid tidak melihat sebarang masalah untuk meneruskan jawatan selaku Menteri Besar walaupun mendapat tentangan dari PKR dan DAP.

Katanya, pentadbiran negeri tidak melibatkan oleh mana-mana agenda politik malah ianya disokong kuat oleh penjawat awam.

"Pentadbiran negeri bukan pentadbiran politik, ianya ditadbir oleh exco dan disokong serta dilaksanakan oleh penjawat.

"Oleh itu, saya tak nampak ada masalah dan kekurangan kecekapan dari segi pentadbiran negeri dan operasi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana