Alamakkk!!!!! PAS parti pengecut - Perkasa

Pemimpin PAS melepaskan peluang keemasan untuk membuktikan bahawa mereka boleh menggantikan UMNO demi masa depan Islam dan Melayu, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
“Tapi PAS akhirnya menjadi parti pengecut sehingga membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama dan mengenepikan pendirian Presiden serta Mursyidul Am,” tegasnya dalam satu kenyataan bagi mengulas tindakan PAS menarik sokongan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau juga menilai bahawa PAS menunjukkan sifat sebagai sebuah parti sekular yang tidak ada bezanya dengan UMNO.

“PAS jauh dari layak untuk menggantikan UMNO, cakap saja Islam tetapi mempermainkan hukum Allah dalam berpolitik,” sindirnya.

Ibrahim juga menduga bahawa Tuanku Sultan Selangor pasti sukar untuk menerima Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah sebagai menteri besar dengan alasan beliau bukanlah anak jati Selangor.

“Azmin Ali pula didalam media sebelum ini dikaitkan dengan mempersendakan institusi Raja dan Istana Negara, betul atau tidak Wallahualam, tambahnya lagi.

Ibrahim berpendapat PKR harus mengusulkan calon ke tiga yang mempunyai kelayakan dari kalangan ahli PKR.

“Tak kan lah tak ada calon lain yang lebih layak dalam PKR selain Wan Azizah dan Azmin.”

“Politik Selangor akan terus bergolak, sebaiknya Tan Sri Khalid Ibrahim menasihati Tuanku Sultan Selangor untuk bubarkan DUN,” akhirinya.

Pada Ahad, PAS membuat keputusan tidak lagi menyokong Abdul Khalid sebagai MB sebaliknya menamakan Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon parti itu untuk jawatan tersebut.

Bagaimanapun, mesyuarat PR pada sebelah petangnya memutuskan hanya nama Wan Azizah dikemukakan sebagai calon MB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana