Akibat Langgar Sumpah Baiah..... Ini berita yang baru diterima.

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dikhabarkan telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur petang tadi apabila mengadu sakit dada kepada isterinya, Aliza bte Jaafar di rumah mereka, di Taman Sri UKAY, Hulu Kelang.

Saari sekarang ini berada di IJN untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dimaklumkan oleh Dr. Ibrahim Saad keadaan Saari dalam keadaan kritikal.

Saari merupakan salah seorang daripada wakil rakyat PAS Selagnor yang telah memberikan sokongan kepada Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagia Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Tindakannya itu mendapat kecaman meluas di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Saari kemudiannya mencabar PAS agar mengambil tindakan ke atasnya.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengingatkan Saari dan seorang lagi ADUN PAS, Hasnul Badaruddin agar menarik kembali sokongan selain patuh kepada ketetapan yang telah dibuat oleh parti berhubung isu berkenaan.

Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, dua buah badan tertinggi dalam PAS telah membuat ketetapan untuk menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, malah menuntut agar Khalid Ibrahim dikekalkan. Presiden dan Mursyidul Am PAS pula berpendapat, Khalid perlu kekal memandangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan syarie yang membolehkan dia dipecat atau diminta melepaskan jawatan yang disandangnya.

Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin diberi tempoh sehingga ke tengah malam ini untuk menarik kembali sokongan mereka kepada Wan Azizah Wan Ismail.

Berita yang sedang beredar di WhatsApp itu, bagaimanapun belum dapat disahkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana