AKHIRNYA MENTERI BESAR SELANGOR KHALID IBRAHIM DIPECAT PKR

Selepas sekian lama main tarik tali, akhirnya Langkah Kajang ciptaan Anwar. ibrahim dan Rafizi Ramli berjaya jua dengan keputusan Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014.

Beliau dipecat serta merta sebagai ahli seumur hidup PKR dan tidak layak untuk kembali kepada PKR.

Biarpun dipecat namun Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan menjadi ADUN Bebas.

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan di sini.

"Tindakan disiplin itu diambil berikutan keengganan Ahli Dewan Undangan Pelabuhan Klang itu meletak jawatan selepas didesak parti untuk berundur," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada sidang media di sini.

Beliau berkata, Abdul Khalid juga didapati mengingkari keputusan MPP yang melantik Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana