Akhirnya ADUN DAP Rayer Celaka Didakwa Akta Hasutan.

ADUN Seri Delima RSN Rayer hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas mengeluarkan kenyataan ‘celaka celaka UMNO’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Bagi pertuduhan pertama, Rayer mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dan dibenarkan diikat jamin RM13,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen lain dan didakwa diatas pertuduhan lain dibawah akta sama ekoran mengulangi kenyataan ‘celaka UMNO’ ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 22 Mei lepas.

Rayer sekali lagi mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut dan diminta untuk dibicarakan.

Pengakuan kedua itu direkodkan dihadapan Hakim Zanariah Hussain.
Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.
Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana