AJK PAS : 'UMNO Bakal Terkubur Sama Seperti MH17'..PAS Boleh Percaya Ker Teori RAHMAN?

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Parti keramat UMNO akan terkubur sebagaimana anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tiada lagi pemimpin dikalangan parti UMNO akan memerintah negara ini berikutan berakhirnya teori 'Rahman'.

"UMNO tunggu masa untuk dikuburkan. Semalam mangsa MH17 dikebumikan, akan sampai masa UMNO pula akan dikebumikan daripada politik Malaysia. Dari segi politik UMNO ini 'nothing to offer'. Tunggu untuk dikerat kepala. Kalau disusun dengan baik, UMNO akan menjadi pembangkang dalam tempoh paling lama 10 tahun akan datang seterusnya kita akan mengambil alih pentadbiran negara.

"Teori Rahman, N itu Najib, selepas N tiada lagi. Najib adalah Perdana Menteri UMNO terakhir.

"Berdasarkan bacaan politik, terlalu awal untuk diceritakan. Dikhuatiri menjadi takbur. Seperti mimpi, tafsir mimpi tidak boleh dicerita pada orang, ada benda boleh dicerita dan ada benda tidak.

"Sebab itu kita perlu bersiap sediakan diri untuk ambil alih pemerintahan negara kerana UMNO ini sudah tidak ada apa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kali ke 29 di Hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Ir Khairil Nizam Khirudin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, parti pemerintah UMNO dewasa ini sudah ketandusan modal bagi meraih sokongan rakyat.

"Dia hendak cerita soal pembangunan, orang sudah muak. Sampai Mahathir marah pada Najib, walaupun dia ada agenda sendiri untuk menaikkan anak dia.

"Hendak bawa cerita kebangsaan Melayu, sudah tiada nilai. Hendak bawa Islam, orang sudah tahu UMNO tidak boleh bawa Islam. Hendak cakap soal ekonomi, ekonomi meleset dan jatuh, hutang meningkat.

"UMNO ini kalau orang berniaga boleh kita katakan, tin sahaja ada, biskutnya tiada." ujar beliau.

Sebelum ini Mohd Amar menggariskan beberapa intipati yang perlu dipegang Pemuda PAS dalam usaha menjadi golongan pelapis negara antaranya, keikhlasan dalam perjuangan, kepatuhan kepada pemimpin dan meletakkan kepentingan jemaah melebihi perkara lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana