Ahli PKR Semakin Menyampah.....Ahli Dan Kepimpinan Perlu Patuhi Keputusan Parti - Anwar

PETALING JAYA 8 Ogos - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua ahli dan pemimpin parti supaya mematuhi keputusan parti tersebut samaada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tetap meneruskan jawatannya itu ataupun tidak.

Beliau yang juga merupakan Ketua PKR berkata, semua pucuk pimpinan pada masa kini perlu mendapatkan penjelasan yang sebenar berhubung kemelut yang sedang melanda parti itu.

"Saya menasihati supaya kita menumpu kepada fakta dan kepentingan serta perjuangan parti.

"Kita bukan berlawan dengan musuh. Bagi saya hubungan itu saya tidak mahu terjejas apa-apa tetapi keputusan untuk menjaga dasar dan kepentingan parti serta Pakatan Rakyat (PR) kita perlu pelihara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurut Anwar, desakan kepada Khalid melepaskan jawatan telah lama berlanjutan dan desakan itu juga datang dari PAS dan DAP.

"Saya pun sudah tahu dalam kes Khalid ini desakan daripada parti itu sudah lama. Sehingga Keadilan memutuskan.. untuk mengadakan peralihan pimpinan," ujarnya.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan berkata mesyuarat bagi membincangkan perkara itu ditangguhkan pada 13 Ogos, tetapi tarikh berkenaan dipinda lagi dengan alasan bagi memastikan semua anggota yang terlibat dapat hadir pada tarikh baru itu.

Dalam satu kenyataan berlainan, Khalid hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir ke perbicaraan kes beliau oleh Lembaga Disiplin PKR hari ini dan meminta supaya tarikh perbicaraan dipinda pada 15 Ogos.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana