Admin Tabiklah....'Jangan Bermuka-Muka Dalam Perjuangan' - Nasrudin

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur segelintir pemimpin yang hanya berselindung di sebalik perjuangan Pas namun sebenarnya tidak setia dan menyokong kumpulan lain.

Menurut Nasrudin, perjuangan sebenar memerlukan istiqamah iaitu aktif dan komited berdasarkan kasih sayang kepada jemaah bukannya secara bermuka-muka atau melibatkan diri dalam jemaah tetapi hati bersama kumpulan lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, kerjasama politik tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangkang bukan bermaksud para pemimpin parti itu perlu patuh sepenuhnya kepada gabungan berkenaan melebihi ketetapan oleh parti sendiri.

"Kalau nak berjuang pastikan istiqamah iaitu aktif dan berada di jalan yang lurus. Komited dengan ketetapan dan peraturan jemaah. Semestinya jangan bermuka-muka. Contohnya, sudut depan kata bersama Pas tapi sudut belakang bercengkerama dengan kumpulan lain pula.

"Tahaluf ertinya kerjasama. Siyasi ertinya dinisbahkan kepada politik. Tahaluf siyasi ertinya kerjasama dalam aspek politik. Maka, ia bukan hubungan yang menyerahkan wala' kepada rakan tahaluf. Ia juga bukan hubungan intima' yang mengikat diri dalam segala aspek termasuk prinsip agama, perjuangan dan wadahnya.

"Letakkan kasih sayang kepada jemaah mengatasi segalanya. Jangan tubuh dalam jemaah tetapi hati dalam kumpulan lain," kata Nasrudin dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin terbabit, kecaman Nasrudin itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendirian Pas berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang berlaku ketika ini.

Pendirian Pas berhubung kemelut berkenaan dilihat tidak konsisten apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Sehari selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tetap berpendirian mencalonkan dua nama itu sehingga mencetuskan pelbagai persoalan bagaimana parti itu boleh mengeluarkan pendirian yang berbeza dalam tempoh singkat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana