Admin Cukup Respect...Menteri kanan Britain letak jawatan kerana dasar Gaza

LONDON: Sayeeda Warsi meletak jawatan sebagai menteri kanan di Pejabat Luar Negara Britain hari ini dengan alasan beliau tidak lagi menyokong dasar kerajaan berkaitan konflik di antara Israel dan Hamas.

Warsi, seorang bangsawan yang menjadi Ahli Dewan Tertinggi Parlimen menjadi orang Islam pertama Britain berkhidmat dalam Kabinet pada 2010 tetapi diturun pangkat sebagai menteri kanan di Pejabat Luar Negara dan menteri bagi agama dan komuniti.

"Dengan penuh rasa sesal, saya sudah menulis surat kepada Perdana Menteri dan meletak jawatan. Saya tidak lagi menyokong dasar kerajaan terhadap Gaza," katanya dalam Twitter rasminya.

Walaupun bukan lagi menteri penuh dalam Kabinet, beliau masih berhak menghadiri mesyuarat Kabinet. Tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan meletak jawatan bagi kedua-dua jawatan berkenaan. - Reuters

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana