ADA ADUN PAS TAKUT HILANG KERUSI?

Seorang pemimpin PAS Selangor hari ini melahirkan harapan kepimpinan parti itu akan menggunakan kebijaksaan bagi memastikan PAS  kekal dalam Pakatan.

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata setahu beliau, semua pimpinan PAS sebulat suara untuk kekal dalam Pakatan namun mengakui perbezaan pandangan pimpinan PKR dan PAS harus diatasi.
 "Pimpinan mengatakan kita akan terus bersama PR namun perbezaan pandangan itu patut diselesaikan pada tahap semua peringkat ikut kebijaksanaan semua peringkat dan berharap kebijaksanaan itu terus dikekalkan," katanya kepada Antarapos.

 "Tidak ada mana-mana pemimpin PAS mana-mana peringkat mengatakan PAS akan bersendirian, tak ada. Semua mengatakan kita akan bersama Pakatan Rakyat," tegasnya.
Saari akur kepada hakikat parti itu tidak boleh menggenggam kuasa politik seperti sekarang jika ia keluar daripada Pakatan Rakyat.

Kata dia lagi, sejarah membuktikan PAS memperolehi kejayaan terbesar apabila  bergading dengan parti pembangkang lain menerusi Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan.

Beliau mengulas ramalan DAPigs Selangor bahawa PAS akan kalah teruk di Selangor jika parti itu keluar daripada Pakatan dan menghadapi pilihan raya negeri mengejut jika bertegas mahu Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar.

 "Kalau PAS tanding sendiri pun memang payah nak menang.  Kita sedar itu sebab itu kita dari awal-awal bersama-sama Barisan Alternatif. Kemudian bila DAP keluar pun kita kekalkan Barisan Alternatif ini pada pilihan raya 2008 dan bila menang rakyat nak PR bergabung," kata beliau.
 "Pada pilihan raya  2013 PAS memang banyak kerusi apabila bersama-sama PR," kata Saari kepada Antarapos.

Beliau meredakan kebimbangan DAP bahawa parti itu cenderung untuk menarik keluar daripada Pakatan kerana mahu Khalid terus memimpin Selangor walaupun beliau ditolak oleh partinya sendiri, PKR dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana