Ziana Zain Pilih Kekal Berhijab

Pada Januari tahun ini, penyanyi dan aktres terkenal negara, Ziana Zain dalam satu temu bual pernah mendedahkan keinginan anak sulungnya, Muhammad Aiman untuk melihat beliau bertudung.

Aiman yang kini berusia 14 tahun merupakan pelajar sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor turut menasihatkan Ziana agar segera bertudung kerana manusia tidak tahu bila tarikh kepulangan menghadap Ilahi.

Dalam pada banyak pihak menyangka Ziana sudah benar-benar berhijab, penyanyi berusia 46 tahun itu sebaliknya menjelaskan beliau memakai hijab demi menghormati guru-guru di sekolah anak-anaknya.

Namun, hidayah yang Tuhan beri tiada siapa yang dapat menebak. Sebaik masuk Ramadan ke-17, tepat pada sambutan hari Nuzul al-Quran, pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain ini telah memakai hijab sepenuhnya.

Bercakap kepada Kosmo!, isteri kepada Armin Zahrin dan ibu empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 14, Muhammad Ammar, 11, kembar Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, 4, menyifatkan penghijrahannya sebagai satu rahmat kepada dirinya.

"Alhamdulillah, saya kira ini adalah hadiah terbesar buat saya daripada Allah SWT di hari baik dan bulan mulia ini. Bermula hari Nuzul al-Quran, secara terbuka saya mahu mengumumkan kini sudah berhijab sepenuhnya.

"Saya kira, penghijrahan ini juga banyak bergantung kepada keluarga saya. Saya sifatkan Tuhan mendengar doa daripada semua pihak termasuk suami, ibu bapa, anak-anak dan peminat saya agar saya berhijab dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berhijrah", katanya yang turut menyatakan yang beliau tenang dengan penghijrahannya itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana