Wan Azizah Penuhi Nafsu Politik Anwar

KUALA LUMPUR 23 Julai - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam strateginya memilih Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu bagi memenuhi tuntutan 'nafsu politik' beliau.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias berkata, keputusan menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan menyelesaikan sebarang konflik kerakusan kuasa yang berpanjangan dalam PKR.

“Dakwaan Anwar bahawa isterinya dianggap sebagai pemimpin yang paling sesuai untuk membawa kestabilan dan sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, tidak lebih hanya untuk kepentingan dirinya.

“Saya pelik dengan Anwar ini kerana sebelum ini beliau begitu bersungguh-sungguh mengangkat (Abdul) Khalid yang dianggap sebagai tokoh paling hebat memimpin Selangor.

“Sekarang ini, lain pula jadinya apabila dia yang bersungguh-sungguh singkirkan Khalid,” katanya dalam laporan BHarian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Anwar bahawa Wan Azizah akan mengantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Keputusan PKR menamakan Presidennya itu turut mendapat kritikan dari pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Iskandar Samad yang mahu jawatan Khalid dikekalkan.

Malah, Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin menerusi laman twitternya semalam dengan nada sinis menganggap keputusan itu sebagai satu tindakan 'Ikut Suka Aku' tanpa merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melantik atau menggantikan jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana