Wan Azizah Disebut Bakal Ganti Khalid…Anwar Pula Penasihat Ekonomi: Selangor Bakal Catat Sejarah!

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Seandainya benar telahan bahawa Presiden PKR yang juga ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal dinobatkan pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, percayalah negeri itu mempunyai sejarah yang tersendiri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bergelar Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang bergaji RM1.00.

“Memanglah tidak menjadi kesalahan sekiranya senario tersebut benar-benar berlaku dan benar-benar wujud dalam masa terdekat selepas ini. Atas kertas, secara fizikalnya ADUN Kajang itu dilihat layak apatah lagi jika mendapat sokongan padu daripada suami sendiri yang merupakan Ketua Umum PKR,” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Beliau berkata demikian ketika diajukan persoalan mengenai desas-desus yang tersebar bahawa Wan Azizah bakal menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Sememangnya bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya Tan Sri Khalid berjaya disingkirkan dengan cara terhormat dan Azizah dinobatkan sebagai Menteri Besar yang baru dengan mengenepikan calon-calon lain seperti mana yang disebut-sebut sebelum ini.

“Mungkin yang nampak janggalnya adalah kita dan masyarakat diluar sana. Bagi mereka di dalam PKR dan bagi mereka yang menjadi pengikut setia pakatan pembangkang perkara berkenaan mungkin sesuatu yang normal kerana itulah retoriknya mereka,” katanya.

Namun begitu dikatakan juga ADUN Hulu Klang Azmin Ali disebut-sebut bakal menggantikan Khalid walaupun beberapa hari lalu Menteri Besar Selangor itu dilaporkan akan terus menyandang jawatan tersebut hingga akhir penggal.

Mengulas lebih lanjut Shahril seterusnya menambah jika perkara berkenaan berlaku maka bakal terjadilah ‘kerajaan laki bini’ di Selangor kelak.

“Macam-macam hal dan macam-macam perkara boleh berlaku, tetapi bukanlah sesuatu yang pelik di dalam PKR hari ini kerana sebelum ini pun kita sudah dapat melihat bagaimana peliknya pemilihan parti mereka.

“Pelbagai cerita dan pelbagai kisah yang dapat kita dengar dalam pemilihan lalu malah bukankah hanya dalam PKR sendiri yang Ketua Umumnya bapa, isterinya Presiden manakala anaknya Naib Presiden. Semuanya ada hanya dalam PKR.

“Sebab itulah saya sebutkan tadi seandainya Khalid berjaya disingkirkan dan Wan Azizah antara yang disebut-sebut bakal menggantikannya, maka kita boleh lihat drama yang cukup menarik di Selangor nanti,” katanya. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana