Tweet Azmin Ali kata "Org Gila Kuasa Sanggup Buat Apa Saja, Isteri Sendiri Dipergunakan" tersebar di media sosial

Azmin Ali dikatakan telah menghantar mesej di twitter beliau menghentam tindakan Anwar yang ingin melantik isteri sendiri bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Tweet tersebut telah tersebar di laman sosial hari ini.

Beliau menyatakan "Org gila kuasa sanggup buat apa saja. Isteri sendiri pun dipergunakan untuk capai matlamat".

Walau bagaimanapun, tweet tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Ismail hari ini telah diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan itu kepada Pakatan Rakyat memandangkan beliau dianggap sebagai pemimpin yang paling sesuai untuk membawa kestabilan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Menurut Anwar dalam mesyuarat pimpinan PKR di sini yang berakhir awal pagi ini, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan pelbagai isu yang melanda negeri ini seperti masalah bekalan air mentah, isu infrastruktur asas seperti sampah dan lain-lain di negeri itu.

KHALID BERTEGAS TIDAK AKAN UNDUR

Berdasarkan laporan The Malaysian Insider, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan bertegas tidak akan berundur dari kedudukannya walaupun PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan dirinya.

Katanya, beliau berpegang teguh kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara khas pelantikan atau pengg‎antian menteri besar.
"Sehingga proses tersebut selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan oleh rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana