Terima Kasih Kerajaan BN.....RM500 Bonus Aidilfitri Penjawat Awam

KUALA LUMPUR 2 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kewangan persiapan menjelang Aidilfitri sehingga RM500 kepada penjawat awam pada tahun ini.

Bonus tersebut turut dinikmati 684,000 pesara yang akan menerima RM250 sebagai insentif Aidilfitri.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Ujar beliau, bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana