TEGAS : Tiada Kompromi Kepada Rasuah - MB Terengganu

Kerajaan negeri komited dalam melaksanakan budaya pentadbiran berintegriti sekali gus tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan rasuah.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan, komitmen itu selari dengan kesungguhan kerajaan negeri untuk memastikan toleransi sifar kepada rasuah dalam setiap peringkat pentadbiran negeri.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri melalui pelan strategik Transformasi Terengganu Baru turut memberi penekaan ‘Terengganu Terbersih’ iaitu kebersihan dalaman dan luaran.

“Bersih dalaman termasuklah memerangi rasuah dan ketirisan. Saya tidak akan berkompromi dalam soal rasuah dan ia menjadi prinsip saya dalam mentadbir Terengganu.

“Soal rasuah dan integriti saya akan beri perhatian khusus dan saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sewajarnya bila terbukti berlaku penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Iftar dan Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Anak Terengganu di Wilayah Persekutuan dan Selangor di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari; Speaker DUN Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan lebih 2,000 anak Terengganu.

Program anjuran kerajaan negeri dan Persatuan Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat) itu turut dihadiri Presiden Pesat, Dato’ Ir. Wan Husin Wan Embong.

Sementara itu, Ahmad Razif mempelawa anak Terengganu di perantauan berganding bahu dengan pentadbiran kerajaan negeri dengan menyumbangkan idea untuk membangunkan negeri.

“Kita kena fikirkan mekanisma terbaik bersama Pesat, bagaimana idea-idea bernas anak-anak Terengganu yang berada di luar Terengganu dapat kita kumpul dan kita laksanakan mana yang bersesuaian untuk rakyat Terengganu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana