Sultan Selangor Tolak Hasrat Khalid Samad Mahu Mengadap....

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menolak permohonan mengadap Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Surat itu yang diterima baginda pada Jumaat lalu hanya berupakan permohonan daripada Abdul Khalid untuk memberi penjelasan bukan surat memohon ampun di atas tindakannya mengguris hati dan perasaan tuanku.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Abdul Khalid.

Katanya, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.
“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

“Titah tuanku kepada Abdul Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya kepada media di sini hari ini.

Abdul Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari Pas pada Jun lalu mendesak Majlis Agama Islam Selangor memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguat kuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.

Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Abdul Khalid sebagai biadab.

Mengenai tarikh pertemuan yang diminta Abdul Khalid untuk bertemu sultan, Mohamad Munir berkata, baginda terlalu sibuk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana