Sultan Murka, Anak Jati Tidak Tahan Dengan Suasana Politik Selangor


PUTRAJAYA 16 Julai -  Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) mempersoalkan tindakan dikalangan pemimpin yang mengundang kemurkaan Sultan Selangor Sutan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Presidennya Mazli Saring berkata sebagai seorang pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat, seseorang pemimpin perlu mengutamakan soal kepentingan rakyat, bukannya isu politik remeh.

"Sultan tegur Ahli Parlimen. Kenapa ia boleh terjadi? Kami anak Selangor tidak boleh sabar lagi dengan suasana politik seperti ini. Kita mahu wujud kestabilan politik, tidak perlu digemparkan dengan isu-isu berat. Isu berkaitan rakyat yang perlu diutamakan, bukan isu politik remeh," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Semalam, Sultan Selangor Sutan Sharafuddin Idris Shah memberi amaran kepada Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad berikutan mempertikaikan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) didalam mengurustadbir hal ehwal agama Islam di negeri tersebut.

Baginda dalam titahnya menjelaskan, Khalid seharusnya mendalami undang-undang yang terpakai terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor sebelum membuat sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

Sementara ketika diminta mengulas mengenai desas-desus berlakunya pertukaran Menteri Besar Selangor, Mazli berpendapat ia merupakan suatu jalan sukar untuk sesetengah pihak atau kumpulan dalam usaha menggerakan misi tersebut.

"Bila hendak tukar mesti ada perancangan. Sesuatu rancangan yang lebih baik dari apa yang ada sekarang. Sehingga hari ini tiada alasan konkrit untuk menukar Menteri Besar. Ini (desakan) hanya rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin. Kenapa Menteri Besar yang sudah menjalankan tanggungjawab yang baik hendak ditukarkan sewenang-wenangnya?" ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana