Sudah nasib Kak Wan kena jadi 'Pak Pacak' lagi...

Jangan cakap tidak ada yang istimewanya tentang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang tidak perlu gosok lampu Aladin dipilih oleh PKR bakal jadi Menteri Besar Selangor ganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keistimewaan itu bukan sangat tentang kepimpinan.Kalau jenguk balik track recordnya sebagai Presiden PKR dan ahli politik jawabnya mudah...entahlah.

Seorang aktivis PKR beritahu sesuatu yang buat dia cukup kenang tentang Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu ialah kepakarannya buat cheese cake.

Katanya cheese cake Kak Wan menang sempoi.

Bukan setakat dia bagi puji-pujian itu.Malah sembang punya sembang dengan beberapa orang lain yang diketahui cukup kenal isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengakui kebenarannya.

'Takat buat cheese cake sajalah kot...yang lain kami tak nampak," kata salah seorang dari mereka dengan nada sinis.

Sekali sekala seronok juga dapat sembang dengan kawan-kawan orang PKR.Apa lagi dalam suasana tengah 'meriah' di Selangor sekarang.

Baru dapat tahu rupanya dalam diam-diam memang ramai orang PKR sendiri yang rasa 'cukup tak kena' mainan nak pancung Khalid.

Namun mereka cukup sedar suara dan pandangan itu tidak akan sampai ke mana.

Ikut cakap mereka,kalau Anwar sendiri sudah set nak bulldoze isterinya ganti Khalid, kalangan pimpinan atasan parti itu sudah tidak berani nak geleng kepala dan cakap lebih-lebih.

Untung sungguh...Wan Azizah dapat peranan baru sebagai ' pak pacak'.

Tidak ada isteri lain dalam sejarah arina politik Malaysia ada keistimewaan ini...di suruh datang...dia datang...dan disuruh pergi...dia pergi'.

Inilah sejarahnya sejak beliau jadi Presiden Parti Keadilan Nasional ( PKR asal) semasa Anwar dalam penjara kerana kes liwat pertama dulu ,begitu juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan terbaru ADUN Kajang.

Ceritanya di sini bukan soal nak buat comeback....go back ...go ahead gostan atau apa saja perkataan yang ada kaitan dengan berpatah balik.

Langkah politik Wan Azizah selama ini dilihat hanya mengikut petikan jari dan siulan Anwar.

Ibarat cerita kartun...diatas kertas dan di dalam perlembagaan parti,Wan Azizah selama ini adalah Presiden PKR.

Cuba tanya orang-orang PKR sendiri pernah tidak mereka merasa pancaran sinar kilauan kuasanya sebagai orang nombor satu parti.

Juga pernahkah beliau berdiri tegak sebagai presiden sebuah parti dalam erti kata yang sebenar?

Paling tidak beliau hanya akan ' bertugas' membaca teks ucapan presiden masa kongres tahunan parti.

Apa keputusan politik besar pernah dibuat oleh Wan Azizah ?

Ketika semua presiden parti lain...baik di arina pembangkang dan disebelah kerajaan buat kerja dan tampil sebagai presiden parti,Wan Azizah entah dimana.

Beliau Presiden PKR yang sah...tetapi Anwar selaku Ketua Umum PKR yang bukan jawatan rasmi parti ialah Sivaji The Boss dalam PKR.

Bukankah Anwarlah yang selama ini pengerusikan mesyuarat itu ini dan Anwarlah yang mengatur segalanya dalam parti itu dari A sampai Z.

Inilah satu lagi 'keistimewaan' Wan Azizah selain dari kepakarannya buat cheese cake.

Mana ada presiden parti lain boleh main 'serah tugas' bulat-bulat kepada orang lain...baik suaminya atau isterinya sekalipun.

'Oh..Nonaku Azizah'...itu antara rangkap lagu yang pernah didendangkan oleh Anwar untuk untuk kepada khalayak ramai betapa sayangnya pada Azizah.

Ada juga yang tersenyum sendiri melihat drama itu bila terkenang kisah ' jam Omega' belum beres.

Melihat dalam konteks ini memang lawak kalau ' Langkah Kajang' yang digarap oleh Rafizi Ramli dikatakan konon nak kukuhkan PKR dijadikan alasan untuk pancung Khalid.

Kalau nak bandingkan latar belakang Khalid sebagai pentabir di arina koprat termasuk PNB dulu memang Wan Azizah nampak kecil sangat.

Begitu juga kisah konon Wan Azizah nak dijadikan faktor mengstabilkan politik dalaman PKR.

Dalam politik alasan boleh datang macam-macam bentuk dan rupa.

Hajat Anwar nak bertanding di Kajang dan jadi Menteri Besar Selangor adalah fakta.

Ia tersangkut semata-mata kerana keputusan bersalah dan dihukum penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Saiful.

Sebenarnya ramai juga yang sangsi kenapa Anwar tidak terus memilih untuk bertanding ADUN di Selangor selain Ahli Parlimen di Permatang Pauh semasa pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Kalau begitu halnya beliau senang-senang sudah boleh terus ganti Khalid tanpa banyak cerita.

Kenapa idea 'Langkah Kajang' nak bertanding ini tiba-tiba muncul tidak lama menjelang rayuan Saiful terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bebaskan Anwar dari kes liwat.

Ada yang buat andaian jawatan Menteri Besar akan bagi kekuatan politik untuk berdepan kes itu.

Apapun cita-cita nak jadi Menteri Besar itu sudah jadi bahan sejarah.

Dalam dunia ini ada pintu depan...dan ada pintu belakang.

Dan...dalam banyak-banyak orang PKR,Wan Azizah juga dipilih ganti tempatnya bertanding.

Kini dikalangan 14 ADUN PKR yang ada di Selangor...Wan Azizah juga pilihannya.

Setelah berjaya menjadi 'pak pacak' yang baik selama ini...maka sendiri-sendirilah congak siapa agaknya Menteri Besar Selangor sebenar jika Wan Azizah jadi Menteri Besar.

Rasanya tidak perlu siapa nak marah-marah pada Wan Azizah.Mungkin sudah jadi suratan takdir beliau terus menerus kena jadi 'pak pacak'.

Kita kena akui peranan sebagai 'pak pacak ' juga satu keistimewaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana