Strategi Rafizi lingkupkan PKR?

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terus didesak supaya meletak jawatan dan meminta maaf kepada semua ahli PKR kerana melaksanakan ‘Langkah Kajang’ yang merupakan strategi melingkupkan parti itu.

Ahli PKR Cabang Balik Pulau, Pulau Pinang, Zambri Jaafar berkata, ‘Langkah Kajang’ yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse menjadi punca tercetusnya perbalahan pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, perbalahan itu membawa PKR ke tahap huru hara semasa pemilihan parti itu baru-baru ini yang mana timbul insiden membaling kerusi, penipuan dan pergaduhan.

"Jika Rafizi anak jantan, beliau akan meminta meminta maaf kepada ahli PKR dan meletak semua jawatan dalam par­ti,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Zambri mengulas tentang kemelut dalaman yang semakin parah di dalam PKR berikutan dakwaan berlakunya perebutan jawatan Menteri Besar Selangor melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

Beliau berkata, strategi yang dibentuk oleh Rafizi ternyata hanya mampu menjahanamkan PKR dan beliau wajar dipecat atas tindakannya itu.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu memecat Rafizi kerana kita tidak mahu lagi strategi beliau terus meranapkan parti,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana